Nukilan untuk Sahabat Pencinta "Islam"
Sahabat ku,
Zaman kini informasi di hujung jari,
Fakta atau auta belakang mari,
Cacian dihambur diselangi maki,
Mencipta musuh kebencian tak terperi,
Akhirnya kita tersadung di kaki sendiri.
Sahabat ku,
Niat asal murni Islam mahu dipertahankan,
Habis semua yang tidak seteru kau persetankan,
Islam dan Melayu perlu didaulatkan,
Retorik dilaungkan Islam terancam,
Mengamuk berantakan habis semua kau kafirkan.
Sahabatku,
Masakan pokok tidak bergoyang,
Itu bidalan orang tua dahulu,
Mana mungkin Islam dihina serta diganyang,
Jika kita melampau-lampau, mencipta fitnah dan bertindak melulu.
Sahabatku,
Kau bilang Islam membawa Rahmat,
Membawa keamanan mengangkat nilai kemanusiaan,
Syarahan agamamu membuat aku meluat,
Hanya sentimen perkauman dan retorik agama kau debatkan.
Sahabatku,
Menyayangi bangsa bukan satu bentuk perkauman,
Jangan disalah erti luahan hati ku tadi,
Yang paling durjana menzalimi hak lain atas sentimen keagamaan,
Cukupkah bekalan kita dengan kedustaan untuk dibawa ke akhirat nanti?
Sahabatku,
Sekian sahaja nukilan ku ini,
Hanya luahan yang terbuku di hati
Salah silap mohon maaf aku menyusun jari,
Semoga persahabatan kita kekal abadi.
Yang benar,
Nidhal Rawa
(3/5/2019) (Jumaat)
(27 Syaaban)
(12 pm)
Comments
Post a Comment