CERKON DI PEARL ISLAND
Keadaan di sini seperti biasa sunyi sepi dan hanya sesekali diiringi dengan ketikan bunyi menaip di papan kekunci dari sekeliling. Begitulah keadaan di tempat kerja beliau saban hari dimana kesemua rakan sekerjanya begitu tekun bekerja dan menghasilkan sesuatu yang menarik serta bermanfaat untuk Kerajaan. Bertepatan dengan cogan kata 'Making Ideas Work' maka terhimpun la segenap para intelektual, pemikir serta penyelidik membantu dalam kerja penyelidik dan tekun berusaha demi sesuap nasi.
Sambil menghirup dan mengamati aroma teh boh berperisa rasberi Nick (bukan nama sebenar) memulakan rutin pagi dengan menelaah beberapa berita politik semasa di laman maya di pejabat diiringi dengan alunan muzik Jazz pagi disalurkan melalui fon telinga tidak mempedulikan keadaan sekelilingya. Beliau yang sudah lali melihat di dada akhbar akan berita bernaratif kritikan negatif dengan prestasi kerajaan baharu kini.
Sementalah berlegar beberapa isu yang menjurus kepada agama dan perkauman yang sempit, kini diuji lagi dengan isu tulisan Khat yang kini menjadi salah satu contoh bola untuk para pemain politik dalam arena politik. Masing-masing para pemain politik menunjukkan skil menggelecek isu yang dimainkan dan tidak kurang juga berlaku sedikit kekasaran dibentesnya kaki pihak lawan dengan iltizam untuk mencapai kemenangan supaya terus megah masyhur di tatapan para penonton.
Lagak segelintir para penonton lebih cenderung untuk mencari siapa pemula dan siapa yang bersalah dalam hal ini tanpa memikirkan aspek penyebab hal yang berlaku dan prasangka yang menebal menjurangkan lagi keharmonian perpaduan yang dibina bersama. Dalam kegilaan ini ada juga sesetengah para pemain dalam arena politik yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan permainan ini lebih adil dan kompetitif dengan sistem yang cantik sedia ada. Namun, yang lain juga terdapat beberapa pemain yang lain yang masih bermain cara lama serta sedikit kotor dalam persaingan permainan ini dengan mempunyai niat-niat tertentu. Mereka inilah yang kadangkala mencorakkan permainan yang dipandang dangkal oleh majoriti penonton ditepi.
Peranan sosial media yang menjadi penguat suara kelompok berkumpulan kecil yang minoriti berteraskan ideologi yang radikal cinta akan ketuanan Melayu serta Islam yang sempit berjaya mencetuskan ketegangan dan keresahan buat pencinta Agama Islam dan Bangsa Melayu. Lebih parah lagi, maklumat yang tidak terbatas sehingga menafikan hak dan batil kesahihan maklumat berita tersebut di kongsi dan ditularkan sewenang-sewenangnya tanpa memberi keadilan. Maka, antah berantakan warga maya sekalian tatkala prejudis disinggung dengan kekerasan juga dari kelompok ras dan agama lain. Ini cerita warga Malaysia di alam maya
Keresahan Melayu yang sering dibangkitkan oleh pihak lawan kembali lagi kali ini dalam naratif sensitif iaitu tulisan Jawi. Seperti sedia maklum, bagi Melayu tulisan Jawi ini adalah nadi identiti yang dirasakan eksklusif hak milik Melayu yang wajib diraikan bersama. Tidak habis lagi dengan rentetan isu arwah Adib Kassim yang dipalitkan dengan sentimen perkauman, maka tulisan jawi juga disandarkan untuk menjahatkan lagi watak politik seteru mereka yang didonimasi oleh kaum Cina iaitu DAP. Ironiknya, dalam ketaawunan PAS dengan UMNO mereka terlepas pandang dengan komponen parti BN seperti MCA yang juga lantang mengkritik silibus tulisan jawi dalam sistem pendidikan.
Dalam permainan ini lagi sekali Pakatan Harapan diuji dalam posisi yang sukar tatkala beberapa pimpinan DAP ada yang membantah silibus tulisan jawi kepada sekolah aliran vernakular bagi menyampaikan hasrat akar umbi daripada segelintir komuniti masyarakat Cina-Malaysia (https://www.malaysiakini.com/news/486158) . Dalam keceramukkan yang diuar-uarkan oleh dikatakan 'pembela ummah', maka ia cuba diredakan serta disuratkan sendiri oleh jeneral agung yang senior iaitu Lim Kit Siang yang memberi isyarat bahawa tulisan jawi ini merupakan identiti kebangsaan Malaysia dan sedikitpun tidak akan menjadi asbab untuk Cina mengkhianati bangsa sendiri (https://www.malaysiakini.com/news/486624) .
Lumrah kehidupan, dimana ada sebuah isu sensitif yang melibatkan pemahaman agama dan kaum yang sempit dalam sesebuah berkumpulan maka akan hadir berkumpulan lain yang turut memberi reaksi yang sama. Memang tidak dapat dinafikan, sememangnya wujud beberapa kumpulan membela kelompok ras dan ideologi tertentu di kemajmukan Malaysia ini. Namun, sampai bilakah masyarakat secara keseluruhan dibebani dengan naratif sempit ini dalam mengorak langkah kehadapan?
Akhirnya, Malaysia masih susah untuk bergerak kedepan melawan naratif perkauman tatkala masing-masing mahu menjadi jaguh untuk kelompok berkumpulan (dalam bacaan kaum tertentu). Apa sudah jadi Malaysia kita ini?!
*************
Jam menunjukkan pukul 5.30 menandakan waktu bekerja sudah tamat. Seperti kebiasaan warga kota yang lain, Nick terus bergegas pulang daripada tempat kerja. Bukan sekadar tempat bekerja bahkan ianya sebuah tempat perkumpulan intelektual dan pengkaji yang pakar dalam bidang masing-masing. Nick, pada awalnya adalah salah seorang insan terpilih kerana kemahiran dan semangatnya dalam mengkaji bidang-bidang politik dan dunia Islam.
Namun kali ini, beliau teruji antara idealistik dan realistik contang-conteng kehidupan dimana keinginan menggarap buah kebaikan dalam dunia intelektual bertembung dengan keperluan gaji yang lebih baik supaya kehidupan keluarga beliau yang lebih stabil. Kadangkala mahu sahaja beliau berhenti daripada dunia intelektual kerana berfikir untuk memenuhkan nasi di periuk kuali keluarga beliau dan kebetulan akan menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil Nick.
Budaya intelektual sering terpisah dengan realiti masyarakat kehidupan. Mengapa orang sering menggunakan alasan 'rakyat marhaen' sebagai alasan untuk tidak menenggelamkan diri dalam kerumitan dunia intelektual? "Mungkin kalau dunia intelektual boleh memenuhi tembolok perut rakyat 'marhaen' baru depa rasa kebaikan sejagat kot".. Getus Nick secara serkap jarang.
"Semoga maju jaya Nick! Semoga berjaya kau dalam mengejar impian intelektual disamping memenuhitanggungjawab keluarga." pujuk hati beliau.
******************************

Comments
Post a Comment