Ceritera Politik Malaysia & Rencam Masyarakat
Rencam atau kepelbagaian yang ada di dunia dilatari pelbagai identiti dan uniknya pada setiap perkumpulan atau kelompok. Tuhan menciptakan manusia dengan pelbagai ragam, rasa, serta fikiran kerana menunjukkan kerumitan dan sofistikated akal dan tabiat manusia. Ini diterjemahkan dengan pelbagai inovatif yang kreatif dalam menginterpretasikan makna hidup, mencari kebahagiaan, dan tidak kurang hebat juga untuk mendominasi dunia. Maka, terpacul pelbagai reaksi sama ada sangat halus atau keras dalam pertembungan / interaksi pelbagai kelompok ini.
Kesannya, terdapat pelbagai ruang yang tersedia di muka bumi ini bermula daripada ruangan intelektual bagi para intelegensia menterjemahkan idea atau filsafat yang mahu mencari makna kehidupan sehingga menjerumus kepada beberapa apparatus sosial dengan kaedah-kaedah tertentu untuk membina hubungan dunia yang lebih baik. Tidak kurang jua yang mengaplikasikan nilai-nilai murni beragama untuk memandu individu sehinggalah soal muamalah; perhubungan dengan manusia dan negara. Justeru, kerencaman yang wujud menjadikan warna-warni kehidupan sama ada dalam keadaan mencari titik persamaan mahupun konflik antara dua pandangan yang kontra.
Ceritera Politik di Malaysia
Berbalik kepada kisah politik di Malaysia, suka atau tidak aku merasakan kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Harapan didukungi oleh pelbagai kelompok atau perkumpulan yang mahu menjadikan Malaysia lebih baik berbanding pada dahulu ketika BN memerintah. Ianya bermula dengan matlamat jelas mahu menukar kerajaan yang dilihat semakin parah dengan salah tadbir dan curang dengan pengurusan perbendaharaan negara. Namun tidak dapat tidak perlunya satu gabungan yang kukuh untuk mana-mana parti politik yang mempunyai matlamat yang sekata maka formula itu menjadikan Pakatan Harapan yang kini berjaya memegang tampuk pemerintahan.

Persepsi umum bila melihat dan berbicara tentang politik di Malaysia tidak akan dapat lari dalam melihat lensa konflik kelompok ras dan agama Islam yang saban hari biasa didendangkan oleh mana-mana pihak sekalipun demi meraih persepsi yang baik dan benar. lensa kelompok ras dan agama seringkali dilihat sebagai konflik dalam konotasi negatif dan sempit. Ada yang mendokongi atas rasa kewajipan mereka untuk mempertahankan agama dan bangsa. Namun ada yang melihat lensa agama untuk mendamaikan dengan mengangkat nilai yang dipraktiskan oleh Rasul Muhammad. Tidak kurang juga ada yang menolak secara total dalam interaksi awam dan merasakan agama hanyalah ritual ibadah individu dan tidak seharusnya dipaksa untuk awam.
Maka, segala peristiwa yang tersurat dan tersirat yang dipaparkan oleh media dijadikan alasan untuk reaksi para pemikir dan pemerhati politik serta orang awam yang begitu 'cakna' dengan perkembangan politik tanah air. 'Cakna' membawa 1000 erti. Ada yang diluahkan dengan marah-marah dan ada jua diamati dengan berhati-hati dan santun. Kebanyakannya, diluahkan dengan marah-marah kerana mungkin atas semangat memelihara Agama bangsa dan merasakan pihak seteru itu taghut atau mungkar perlu dihentak-hentakkan. Untuk memenuhi nafsu amarah suaka politik mungkin? Wallahu 'Alam.
Rencam Satu Nikmat atau Musibah?
Rencam atau kepelbagaian berkelompok juga mungkin boleh menjadi racun jika tidak terkawal dengan ambisi kelompok-kelompok tertentu yang mahu mengeksploitasi serta mendominasi. Namun, boleh menjadi penawar untuk kebahagiaan dunia jika ada kesebatian dalam rencam itu. Adakala kita menyebut tentang kesebatian terus getus di bibir celaka si semborono yang menuduh untuk menyamakan semua agama atau sering didengari ialah menganjurkan pluraliti untuk menyamakan semua agama. Jika difikirkan, inisiatif pluraliti juga menggugat sama kredibiliti agama-agama lain yang mempunyai kedaulatan dan 'ego' nya sendiri. Jangan dipertikai 'ego' lain jika tidak mahu 'ego' sendiri dicabar.
Soalnya bukan mahu mencerca dan membalas balik akan kejahatan cacian makian. Namun, tidak buta juga untuk mempertahankan Agama Islam apatah lagi mahu memeliharanya. Begitulah dilema yang perlu diberi perhatian kepada mereka semua yang sedang berpencak silat di pentas politik dunia. Justeru adab dan nilai akhlak dalam berbeza pendapat perlu dititikberatkan. Bukannya mahu menjadi jaguh dan ketawa melihat seterunya jatuh tersimpuh. Puas hati dengan dendam kesumat kebencian atas nama perbezaan politik.
Medium untuk perbezaan pandangan sering disalah erti oleh pelbagai pihak (daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang) seolah-olah menjadi tempat untuk membunuh sosok karakter tertentu ataupun tempat melempiaskan nafsu amarah kerana tidak bersetuju dalam satu ijtihad politik. Medium itu terbuka di Malaysia namun masih tumpul akal dan masih terperangkap dengan sesuatu peristiwa mahupun emosi sentimen yang membuak-buak. Justeru kemarahan memandulkan kerasionalan seseorang dalam manifestasi pandangan politik.
Namun, jika kepelbagaian yang wujud ini dicemati dengan rasa empati serta meletakkan kayu ukur norma masyarakat maka ia mampu mententeramkan keadaan. Daripada berhambur makian dan kesan kepada golongan marjinal rasa tertindas apa salahnya untuk berbincang dalam keadaan aman dan tenteram? Sudah-sudahlah politikus mahu menjadi badut untuk menghiburkan penyokong di bawah sana. Kini anda sudah mampu untuk menjadi ikonik dan cuba membawa permainan pencak silat politik dengan keadaan yang lebih sihat dan jauh dari marah-marah. Ada berani?
Harapan yang Utopia
Bagi aku, mana-mana kerajaan pun berubah hatta diletakkan wali Allah sekalipun tetapi kita tidak mahu berubah apa gunanya. Ilmu merupakan bekalan untuk menajamkan akal dan Wahyu memandui praktis dan sikap anda yang lebih baik kepada semua mahkluk kehidupan. Yang paling penting bukalah minda dan hati anda terhadap realiti yang dilatari dengan rencam kelompok yang sofistikated dan kadangkala menjangkaui norma Agama dan cara pandang hidup anda. Kerajaan kini bukanlah si tukang sihir yang mempunyai tongkat sakti untuk mengubah keadaan di dunia dengan sekelip mata. Sila celik akal anda untuk terus membaca dan menjadi kritis terhadap peristiwa-peristiwa berlaku. Kritis bukan bermakna anda harus marah-marah dan meluahkan ketidakpuasan hati anda semata-mata di umum untuk dilihat hebat. Yang penting cuba mengeluarkan diri anda untuk taksub dalam payung politik, fahaman, dan kumpulan tertentu supaya diri anda bebas minda fikiran bak helang gagah di udara.
Untuk kerajaan kini, anda diberi mandat dan kemenangan anda bukanlah satu pencapaian untuk pengakhiran perjuangan anda. Matlamat asal untuk mengubah Malaysia ke arah lebih baik; seperti apa yang anda laungkan ketika menjadi pembangkang. Tunjukkan komitmen anda ke arah itu. Maka, proses itu perlu ditonjolkan menunjukkan mutu anda meskipun agak mustahil untuk mendapat hasil sekelip mata. Cukuplah hanya sekadar menyalahkan kerajaan lama sahaja. Sila mulakan langkah proaktif anda untuk dilihat berpotensi dan meyakinkan rakyat Malaysia. Paling penting cuba memperbaiki saluran komunikasi anda untuk menyatakan hasrat murni dan langkah progresif anda supaya rakyat boleh menilai dalam arus kebebasan media yang anda hamparkan. Semoga, sedikit sebanyak kebaikan yang diusahakan dapat dinilai oleh rakyat jelata.

Comments
Post a Comment